RgB FarM Perbezaan antara guppy grade dan guppy biasa ~ kb aquatic in da house

Live Help

Tuesday, October 17, 2017

Perbezaan antara guppy grade dan guppy biasa

 BEZA GUPPY GRADE (STRAIN) DAN BIASA (ROJAK)

Pada dasarnya ramai yang mengenali guppy malah ramai yang telah memeliharanya. Ada yang membelanya sebagai hobi mengisi masa lapang dan ada juga yang membelanya sebagai agen penghapus jentik-jentik.

Walau bagaimanapun tidak ramai yang mengetahui guppy adalah sejenis ikan yang boleh diketengahkan sebagai ikan yang berpotensi menjana pendapatan sekaligus mencantikkan akuarium kita. Disini saya kongsikan sedikit perbezaan antara guppy biasa dan guppy high gred.


Guppy biasa (guppy rojak)
Kebiasaannya guppy biasa dibela secara bersahaja dan berkoloni ramai. Pemelihara juga mencampurkan berbagai jenis guppy yang berlainan warna di dalam satu koloni. Pada satu pandangan guppy dilihat cantik dan mengasyikkan kerana bilangannya yang ramai didalam satu akuarium atau kolam. Tetapi pada satu pandangan yang lain sebenarnya guppy-guppy ini akan membiak dan melahirkan anak yang berlainan gen dan warna. Oleh disebabkan itu akan terlahirlah anak guppy kacukan antara baka yang berbagai. Maka anak guppy yang lahir tidak akan mewarisi baka asli lagi. Malah harga ikan guppy biasa juga lebih murah daripada guppy gred kerana pemelihara tidak mampu mengeluarkan anak yang mewarisi genetik induk asal dan gagal mengekalkan kecantikannya induk.





Guppy high gred (Guppy strain)
Kebiasaanya guppy gred pula dipelihara secara berpasangan yang sama jenis. Induk jantan dan betina adalah daripada gen dan warna yang sama. Mereka membela guppy ini secara berasingan jenis. Contohnya jika membela guppy grade berjenis black moscow maka mereka hanya membela jenis tersebut dalam satu kumpulan. Oleh itu terlahirlah anak-anak yang akan mengikut baka. Warnanya juga akan sama dan membolehkan pemelihara menjaga kualiti dan bakanya. Malah ada yang mempertandingkan guppy jenis ini.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. mohon pencerahan.. boleh ke guppy black moskow tu di letak dalam aquarium guppy biase?

    ReplyDelete