Microworm adalah sejenis makanan hidup popular yang digunakan untuk diberi makan kepada anak-anak ikan yang baru beranak atau menetas.
Antara jenis anak ikan yang biasa diberikan makan makanan ini adalah
- anak ikan betta @ laga @ sekarin (biasa diberi kepada anak ikan yang sudah pandai berenang iaitu yang berumur 3 hari dan ke atas)
- anak ikan guppy dan lain-lain anak ikan (diberi makan seawal usia 1 hari)
Kelebihan
- Microworm adalah sejenis makanan hidup (dapat menarik minat anak ikan untuk memakannya)
- Protein yang tinggi (anak ikan cepat besar)
- Boleh dibiakkan berulang kali (Jimat kos dan masa)
- Mudah untuk dibiakkan
Kekurangan
- Boleh digunakan selama 3 minggu sahaja kebiasaannya. Pembiak mesti membiakkan kembali microworm baru setelah tempoh itu.
Cara-cara membiakkan Microworm
Bahan yang diperlukan :
Starter Microworm @ Microworm Pemula
Oat @ Roti
Yis
Sedikit air
Bekas untuk membiak (kebiasaan guna bekas bulat)
contoh bekas yang digunakan
Langkah-langkah membiak
1. Masukkan Oat ke dalam bekas sebanyak 2 sudu.
2. Kemudian masukkan sedikit yis. (untuk mempercepatkan microworm membiak)
3. Ambil sedikit starter dan masukkan ke dalam bekas
4. Gaul sehingga sebati. (adunan mestilah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat)
5. Tinggalkan ditempat yang terlindung dari cahaya matahari.
#Kebiasaannya microworm yang baru dibuat boleh digunakan selepas 3 - 7 hari (bergantung kpd kuantiti yis dimasukkan)
0 comments:
Post a Comment