RgB FarM Cara-cara menjaga anak ikan laga (fry) ~ kb aquatic in da house

Live Help

Tuesday, October 24, 2017

Cara-cara menjaga anak ikan laga (fry)

Ikan betta adalah sejenis ikan yang membiak secara bertelur. Proses bertelur melibatkan beberapa langkah. Si betina akan mengeluarkan telur dan si jantan akan menjaganya. Pembiak haruslah mengeluarkan si betina sebaik sahaja telur dilepaskan kerana dikhuatiri akan memakan telur tersebut.



Kemudian giliran si jantan pula akan menjaga telur tersebut sehinggalah menetas. Tempoh penetasan biasanya dalam 1 - 3 hari.

Selepas anak ikan betta menetas biasanya kita tidak akan memberinya makan lagi kerana ia akan memakan makanan yang sedia ada pada badannya (yolks). Selepas 3 hari anak ikan laga sudah pandai berenang sebaiknya asingkan pula si jantan.

Pada masa ini anak betta sudah boleh diberi makan. Kesukaran menjaga ikan laga sebenarnya terletak kepada sukarnya membesarkan anaknya. Anak ikan laga adalah tersangat kecil berbanding dengan anak ikan yang lain. Kebiasaannya pembiak memberi makan makanan hidup kepada anak betta yang berusia 3 hari sehingga sebulan. Antara makanan yang sering digunakan adalah microworm, bbs, kutu air (moina).

Makanan hidup diberi kerana protein yang tinggi dan dapat membesarkan anak betta dengan lebih cepat. Makanan hidup juga dapat menarik perhatian anak ikan pergi dan memakannya berbanding pellet yang tidak bergerak dan kurang mendapat perhatian anak ikan. Terdapat juga sesetengah pembiak ikan laga menggunakan pellet yang dihancurkan atau kuning telur yang direbus dan dilenyek.

Selalunya anak ikan betta diberi makan lebih kerap berbanding ikan betta yang sudah besar. kadar kekerapan ini supaya ikan sentiasa kenyang dan membesar dengan cepat dan sekata tumbesarannya. Anak ikan mestilah sentiasa diberi makan jika tidak ia akan menyebabkan ikan menjadi kecik dan tidak membesar lagi.

Untuk warna yang cantik bolehlah diberi makan makanan yang berprotein tinggi dan pellet yang mengkhususkan kepada warna. terdapat berbagai jenis pellet di pasaran dan anda boleh memilihnya mengikut keperluan dan budget anda.

*** Pembiak juga boleh menggunakan daun ketapang kering sebagai ubat untuk menguatkan anak ikan betta daripada mudah terkena penyakit.

*** Microworm dan BBS tidak boleh diberi melebihi daripada sebulan kerana dikhuatiri ikan akan menjadi cacat

16 comments:

  1. Kalau alih induk jantan dlm masa dua hari selepas telur
    menetas boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seloknye sampai anak tu boleh Berenang bebas

      Delete
    2. 3,4 hari selpas alih si betina la kebiasaanya kan?

      Delete
  2. tak boleh. nanti takdak sapa nak ajar anak ikan berenang

    ReplyDelete
  3. Maksudnya Tak boleh bagi mkn bbs selepas ikan berumur sebulan la ye

    ReplyDelete
  4. Ikan jantan kena bagi makan tak waktu menjaga ank ikan

    ReplyDelete
  5. Bang kalau bagi Kutu air takpe k

    ReplyDelete
  6. kalau bbs kering yang empat segi tu boleh ta bagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seeloknya Bgi bbs yg hidup supaya fry mudah tertarik.
      Kutu air seperti moina Dan daphnia pun bagus

      Delete
  7. sis nak tnya klu dia kluarkn buih yg mcm solid tu apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buih yg mcm solid. Tk berapa faham. Biasa buih jantan yang buat. Kalau betina jarang2 sekali buat buih. Tu pun sikit2 saja buihnya

      Delete
  8. Nak tanya Kalau fry umur 4 dan 5 saya bagi infosuria ok ke??

    ReplyDelete
  9. Nak tye sbab bru nk blajar...Anak betta...klau bagi mkn bbs brape hari sehari....

    ReplyDelete
  10. Boleh bagi tapi protin untk pembesaran tak cukup,cuma untuk bcup je klu2 bbs n kutu air lambat bagi

    ReplyDelete
  11. kalau guna daun pisang kering boleh tak

    ReplyDelete
  12. Nak tanya.anak ikan baru lahir dalam dua hari sudah boleh diberikan makan kutu air tak.bukan apa takut anak ikan tu x muat nak makan.hihihi

    ReplyDelete