-
Event guppy di kb aquatic
Pertandingan guppy high grade peringkat kebangsaan akan diadakan dikedai kb aquatic berhadapan dengan salamku kubang kerian.. baca lanjut sila klik banner
-
This is Slide 2 Title
This is slide 2 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...
-
This is Slide 3 Title
This is slide 3 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...
Wednesday, October 3, 2018
Tuesday, October 24, 2017
Cara-cara menjaga anak ikan laga (fry)
Ikan betta adalah sejenis ikan yang membiak secara bertelur. Proses bertelur melibatkan beberapa langkah. Si betina akan mengeluarkan telur dan si jantan akan menjaganya. Pembiak haruslah mengeluarkan si betina sebaik sahaja telur dilepaskan kerana dikhuatiri akan memakan telur tersebut.
Kemudian giliran si jantan pula akan menjaga telur tersebut sehinggalah menetas. Tempoh penetasan biasanya dalam 1 - 3 hari.
Selepas anak ikan betta menetas biasanya kita tidak akan memberinya makan lagi kerana ia akan memakan makanan yang sedia ada pada badannya (yolks). Selepas 3 hari anak ikan laga sudah pandai berenang sebaiknya asingkan pula si jantan.
Pada masa ini anak betta sudah boleh diberi makan. Kesukaran menjaga ikan laga sebenarnya terletak kepada sukarnya membesarkan anaknya. Anak ikan laga adalah tersangat kecil berbanding dengan anak ikan yang lain. Kebiasaannya pembiak memberi makan makanan hidup kepada anak betta yang berusia 3 hari sehingga sebulan. Antara makanan yang sering digunakan adalah microworm, bbs, kutu air (moina).
Makanan hidup diberi kerana protein yang tinggi dan dapat membesarkan anak betta dengan lebih cepat. Makanan hidup juga dapat menarik perhatian anak ikan pergi dan memakannya berbanding pellet yang tidak bergerak dan kurang mendapat perhatian anak ikan. Terdapat juga sesetengah pembiak ikan laga menggunakan pellet yang dihancurkan atau kuning telur yang direbus dan dilenyek.
Selalunya anak ikan betta diberi makan lebih kerap berbanding ikan betta yang sudah besar. kadar kekerapan ini supaya ikan sentiasa kenyang dan membesar dengan cepat dan sekata tumbesarannya. Anak ikan mestilah sentiasa diberi makan jika tidak ia akan menyebabkan ikan menjadi kecik dan tidak membesar lagi.
Untuk warna yang cantik bolehlah diberi makan makanan yang berprotein tinggi dan pellet yang mengkhususkan kepada warna. terdapat berbagai jenis pellet di pasaran dan anda boleh memilihnya mengikut keperluan dan budget anda.
*** Pembiak juga boleh menggunakan daun ketapang kering sebagai ubat untuk menguatkan anak ikan betta daripada mudah terkena penyakit.
*** Microworm dan BBS tidak boleh diberi melebihi daripada sebulan kerana dikhuatiri ikan akan menjadi cacat

Thursday, October 19, 2017
membiakkan ikan laga - khairil
assalam saya ada membela ikan betta. tapi setiap kali mesti mati. kenapa ye
Wednesday, October 18, 2017
Mengenal Jantina ikan betta
Disini saya akan kongsikan sedikit info tentang bagaimana cara mengenali jantina ikan betta. Terdapat kelainan bentuk pada betta jantan dan betina. Antaranya
Betta Jantan
- Biasanya mempunyai saiz ekor yang lebih besar daripada betina.
- Tidak mempunyai biji putih di bawah perutnya.
- Lebih cantik dan warna yang lebih terang.
- Bentuk badannya meleper tidak gemuk seperti betina.
Betta Betina
- Kebiasaannya betina mempunyai ekor yang lebih pendek daripada jantan.
- Mempunyai biji putih di bawah perutnya.
- Kurang menarik dan warna yang sedikit pudar.
- Bentuk badannya agak besar dibahagian perut.

Jenis jenis betta
Terdapat pelbagai jenis betta dipasaran sekarang. Setiap jenis mempunyai corak dan bentuk yang berbeza. Antara jenis betta tersebut adalah
1. Betta Plakat
2. Betta Haflmoon (Bulan)
3. Betta Crowntail (Matahari, Jarum)
4. Betta Rosetail
5. Betta Doubletail (Cabang dua)
6. Betta BigEar (Telinga Besar)
1. Betta Plakat
2. Betta Haflmoon (Bulan)
3. Betta Crowntail (Matahari, Jarum)
4. Betta Rosetail
5. Betta Doubletail (Cabang dua)
6. Betta BigEar (Telinga Besar)
Tuesday, October 17, 2017
Perbezaan antara guppy grade dan guppy biasa
BEZA GUPPY GRADE (STRAIN) DAN BIASA (ROJAK)
Pada dasarnya ramai yang mengenali guppy malah ramai yang telah memeliharanya. Ada yang membelanya sebagai hobi mengisi masa lapang dan ada juga yang membelanya sebagai agen penghapus jentik-jentik.
Walau bagaimanapun tidak ramai yang mengetahui guppy adalah sejenis ikan yang boleh diketengahkan sebagai ikan yang berpotensi menjana pendapatan sekaligus mencantikkan akuarium kita. Disini saya kongsikan sedikit perbezaan antara guppy biasa dan guppy high gred.
Guppy biasa (guppy rojak)
Kebiasaannya guppy biasa dibela secara bersahaja dan berkoloni ramai. Pemelihara juga mencampurkan berbagai jenis guppy yang berlainan warna di dalam satu koloni. Pada satu pandangan guppy dilihat cantik dan mengasyikkan kerana bilangannya yang ramai didalam satu akuarium atau kolam. Tetapi pada satu pandangan yang lain sebenarnya guppy-guppy ini akan membiak dan melahirkan anak yang berlainan gen dan warna. Oleh disebabkan itu akan terlahirlah anak guppy kacukan antara baka yang berbagai. Maka anak guppy yang lahir tidak akan mewarisi baka asli lagi. Malah harga ikan guppy biasa juga lebih murah daripada guppy gred kerana pemelihara tidak mampu mengeluarkan anak yang mewarisi genetik induk asal dan gagal mengekalkan kecantikannya induk.
Guppy high gred (Guppy strain)
Kebiasaanya guppy gred pula dipelihara secara berpasangan yang sama jenis. Induk jantan dan betina adalah daripada gen dan warna yang sama. Mereka membela guppy ini secara berasingan jenis. Contohnya jika membela guppy grade berjenis black moscow maka mereka hanya membela jenis tersebut dalam satu kumpulan. Oleh itu terlahirlah anak-anak yang akan mengikut baka. Warnanya juga akan sama dan membolehkan pemelihara menjaga kualiti dan bakanya. Malah ada yang mempertandingkan guppy jenis ini.

Monday, October 16, 2017
Tips bagi makan anak ikan guppy
Anak guppy @ fry
- bagi makan makanan hidup seperti microworm, grindalworm, bbs, kutu air dan tubifex
- bagi makanan pellet jenis serbuk supaya anak guppy mudah makan dan hadam
Guppy remaja dan dewasa
- bagi makan pellet dan live food. Live food diselang seli dgn pellet.
Kaedah bagi makan
- bagi makan guppy secukupnya jangan berlebihan.
- bagi makan dgn kadar kerap tetapi dalam kuantiti yang kecil.
- pellet yg digunakan menentukan tumbesaran ikan guppy. Jika pellet yg digunakan tinggi protein ikan pun cepat membesar.
- ikan yang diberikan makan pellet sahaja biasanya lambat membesar berbanding yang dicampur dengan makanan hidup
Sekian perkongsian hari INI. Rgbfarm®